Aug 20, 2010

Kawan

makin lama aku hidup, makin banyak manusia aku jumpa. macam-macam jenis. macam kuih kat bazaar ramadhan, ada kuih talam, kuih pulut panggang, yang manis-manis ada, yang pahit-pahit ada. senang cerita, macam-macam ada. aku bukan mahu cerita pasal kuih, aku mahu cerita pasal manusia. ya, kita. MANUSIA !

kali ini aku mahu cerita tentang kawan. kawan pun banyak jenis. macam kuih-kuih tadi. ada yang sedap, sedap lah. ada yang rasa macam telan-keluar-balik, memang tak dapat nak buat apa lah kan? 

berapa orang kat dunia ni yang faham betul erti kawan tu? berapa orang kat dunia ni yang betul faham erti sahabat? berapa orang kat dunia ni yang betul faham erti teman? berapa? cuba bagi aku jawapan. kalau tanya pada aku, tak sampai 20% yang betul faham erti kawan, sahabat, dan teman. mungkin lebih 80% belum faham ataupun faham-sikit-sikit.

kadang-kadang aku tanya diri aku sendiri. kenapa perlu kita berkawan. jawapannya mudah, sebab kita saling memerlukan.
 
sebentar.

saling memerlukan atau saling mempergunakan?
kau fikir sendiri. 

jenis kawan yang banyak, macam kuih talam. 
depan warna putih, belakang warna hitam. depan nyamuk gigit tolong tepukkan, belakang lepaskan nyamuk suruh gigit sampai demam. depan " ai lap yuu, friend", belakang " fak lah luu ". 

bodoh.

berapa ramai kawan yang sanggup kutip tin dengan kau semata demi RM 1? berapa ramai yang mahu teman kau masa ada RM 30 000 ? berapa? kalau kau, kau pilih mana? tepuk dada tanya selera.

bila si kawan salah sikit menjaja bukan main salah kawan tu. padahal, salah si kawan tu besar hama je. benda baik yang pernah si kawan buat, ada difikirkan? tak ada! sikit pun tak ada dalam kepala hotak. salah lagi besar dari benda baik. biasalah, dah nama pun manusia kan?

tapi aku masih lagi tak faham. kenapa kawan suka jatuhkan kawan? kenapa kawan suka malukan kawan? kenapa kawan suka tikam kawan? kenapa kawan suka kata busuk tentang kawan?

biasalah. manusia.

cukuplah. aku geli dengar si kawan depan-depan cakap " kau lah yang terbaik, aku sayang kau ", tapi realitinya bila belakang " kau lah taik ", sambil tikam banyak-banyak. sedap!

dunia memang kejam. tapi yang kejam itu kau-kau, kita-kita. bukan dunia.

berapa ramai kawan kau kau ada yang tahu warna kegemaran kau? makanan kegemaran kau? lelaki / perempuan idaman kau? minat kau? lagu kesukaan kau?

berapa ramai?

nasib aku baik mungkin. aku punya kawan yang masih layak dipanggil kawan. aku masih punya kawan yang tahu kegemaran aku. aku mungkin bertuah.

atau mungkin

ada juga yang sama sahaja macam talam. cuma mereka sangat bijak belakon. aku tak pasti. tapi aku tak ambil peduli. lantak mereka! sebab aku tak susah apa pun. what goes around comes around.

terima kasih kawan ada dengan aku. terima kasih, terima kasih, terima kasih.

aku tak baik. aku kadang kejam. kawan dengan aku? tanya diri kau. tolong jadi jujur, jangan jadi talam.
 

No comments:

Post a Comment