Jul 13, 2010

new positive spirit!

seminggu sudah class berlalu, dan setiap hari aku ada class pukul 800 am. sangat seronok! sigh. tapi elok juga class awal, awet muda kalau selalu bangun awal ni, rezeki pun murah kan? aku sangat bersemangat untuk menghadapi sem ini. mungkin kerana sem ini aku jumpa subject-subject baru yang bagi aku sangat seronok. sem ni aku belajar lebih dalam tentang graphic. antara subject-subject yang aku perlu belajar sem ini adalah design & digital media, illustration, graphic communication, photography dan typography. subject history, agama dan english haruslah ada. oh, dan aku masih lagi amik drawing. ppfftt. seronok kan dengar subject-subject graphic aku? teruja sangat! 

lecturer-lecturer aku sem ini pula semuanya bagi aku sangat best. dan sem ni dapat belajar dengan lecturer baru yang sebelum ni dia sudah banyak pengalaman. itu sangat bagus. dan untuk class history aku tidak lagi mengeluh macam dulu. semangat.

assignment pun sudah semakin beratur untuk aku siapkan. tapi tak apa, sem ni aku punya semacam semangat positif yang kuat. harap semangat baru ni tak akan hilang. tapi bila datang class drawing aku jadi semacam kusut! macam kau kau ketahui, aku tak gemar dengan subject tu, sebab aku memang tak boleh draw dengan bagus. sigh.

apa-apa pun aku harap pointer aku terus naik, siapa tak nak kan?

sekarang yang menjadi ingatan / rutin setiap hari adalah -
1. dua - tiga jam masa untuk siapkan assignment / project. everyday!
2. jangan nak facebook sangat. facebook membunuh.
3. be more disciplined! itu mesti. deadline perlu kejar!

banyak lagi rasanya yang tak perlu aku nyatakan disini. apa yang penting, jangan tangguh kerja! kejar deadline. itu penting sebagai designer. dan aku sangat mahu kembali pada waktu kanak-kanak sebab waktu itu kita akan berfikir luar dari kotak fikiran kita. dan itu sangat penting pada designer. creative thinking. okay aku tak mahu bebel panjang-panjang. harap target aku sem ni dapat tercapai. kau kau doakan aku okay? terima kasih. :)

No comments:

Post a Comment