Jul 9, 2010

cerita di kampus

seminggu dah rupanya aku berada di kampus. jiwa aku masih belum ada didalam sini. masih lagi sedang duduk goyang kaki kat rumah. bosan! oh ya, sepatutnya post ni dah lama aku nak post, tapi apa aku kisah! post ni tak berapa penting pun untuk kau kau. aku saja gedik nak bagitau. untuk stalker aku mungkin penting, ceit! jangan berangan aku ada stalker yer, memang tak ada! aku bukan famous macam kau kau. betul? okay cukup.

aku cuma nak bagitau yang aku sudah potong rambut! mak aihh. pendek youuu. tak pernah aku potong rambut sebegini pendek. ramai juga yang mempertikaikan. alaa rambut bukan tak panjang balik kan? so good bye rambut panjang kuu. haishh.

dan hah, ni ada satu yang aku tak puas hati. pasal bilik. aku tak nak mention kan siapa-siapa, tapi aku sikit macam mempersoalkan pengurusan. menyusahkan betul! aku mahu duduk satu bilik dengan kawan-kawan aku bukan dengan orang-orang yang pandang aku macam dia sangat bagus. maaflah ya kalau-kalau ada yang terasa. tahulah kamu tu senior. eee geram. okay, tak mau cerita lebih-lebih nanti kena saman. sigh.

No comments:

Post a Comment