Jul 14, 2010

130710 - terima kasih

aku suka tarikh hari ini. sepatutnya hari ini adalah hari yang ke-2042. untuk apa tak perlu tahu. tapi sejak 86 hari yang lepas maka hari ke-2042 tiada.

ah lupakan. itu rasanya kau kau tak perlu tahu. tak perlu juga mengagak. terima kasih.

oh ya, aku mahu ucapkan terima kasih kepada follower-follower aku atau lebih senang aku panggil pengikut blog buruk aku ni. tak pernah pula aku rasa akan punya sehingga 79 pengikut. terima kasih semua kerana sudi jadi pengikut blog buruk aku dimana tempat segala sisa kata otak kabut aku ni dibuang. ayat mesti nak blogger kan? biasalah, bila dah update tengah malam, sunyi sepi sambil kedengaran bunyi cengkerik memang begini lah jadinya. bunyi nak melankolis. okay dah lari dari point asal. terima kasih semua pengikut. jangan bimbang, aku ada baca blog kau kau semua. bagus-bagus. aku suka! kepada pelawat yang sering saja datang meninggalkan jejak di shoutbox juga, aku ucapkan terima kasih. pasti aku akan pergi melawat ke blog kau kau semua kembali, tapi aku kadang jarang tinggalkan jejak. maaf. apa-apa pun terima kasih ya semua.

akhir-akhir ni aku sangat malas nak update blog. aku tak pasti kenapa. mungkin tak ada modal. mungkin aku padamkan sudah kata dalam otak kabut aku ni. ah, apa-apa je lah. maaf. ada juga bertanya, ada juga yang mengata, kenapa aku sangat malas nak update blog? relax lah der. wa tengah ambil mood. ceit, ambil mood konon. hakktuih! padahal realitinya aku memang tak ada modal. hidup aku tak indah macam dulu.

okay, aku mahu cerita tentang hari ini. macam aku katakan pada post lepas, setiap hari aku class awal pagi. sama macam hari ini. tapi class pagi sangat membosankan. maaflah. aku betul-betul tak berkenan lagi dengan class ni. class apa tak perlu dinyatakan. mungkin yang berkenaan pasti tahu. yela, class pertama awal pagi setiap hari Ahad, Isnin dan Selasa. Ahad? omg! erghh, aku di Terengganu, jauh di pantai timur. harap maklum. okay, kelas pagi ni sangat sangat sangat bosan. tak ada yang menarik. pasti ramai juga setuju dengan pendapat aku. maaf jika terasa. saya cuba jujur. bila belajar bahasa, sepatutnya aku suka, tapi.. hmm okay, tak mahu komen lebih-lebih. nasib baiklah second class menceriakan keadaan. ya, aku sangat suka class yang kedua. sangat sangat sangat suka! jujur. tidak membosankan. credit juga untuk tenaga pengajar, cukuplah aku namakan sebagai Miss FZ, eh salah, baru kahwin so Puan FZ. ya, saya sangat suka subject ni, bukan saja subject tapi saya sangat respect Puan FZ. macam ni lah baru fun, baru kami kami teruja bila buat project. seronok! terima kasih Puan FZ. kalau puan baca, puan pun tau siapa dari sem satu puan jadi ibu pada pelajar-pelajar class saya. terima kasih ! :) puas keluarkan idea di class Puan FZ, masa untuk rehat. yelah, takkan terus-terusan mahu picit otak. mau gila nanti. phuhh, nasib baik idea saya tadi diterima baik. Alhamdullilah. petang sikit masuk lagi class. subject ini pun subject kesukaan saya. tenaga pengajar pun comel lote. alahaii cakap pun lemah lembut. seronok belajar subject ni, walaupun hakikatnya bagi aku sikit susah. 'wa memang gempak beb', ini kami sekelas cakap hari ini dalam class ni. bukan mahu bangga, tapi sebagai pencetus semangat. bagus idea Pn. A. buat aku bersemangat untuk jadi 'gempak'. terima kasih. cukup tiga class hari ni. sikit penat. tapi tak apa, nama pun belajar.

assigment pun sudah selesai peringkat brainstorm-ing. alhamdullilah, belum ada lagi idea aku ditolak. permulaan kerja yang bagus. ini buat aku makin semangat. aku macam tak percaya aku akan cakap macam ini - aku cinta assignment aku! phuuh! sangat tak percaya aku cakap macam ni, tapi ini jujur! bagus bukan? sepatutnya kena begitu, kita kena suka untuk bikin apa saja kerja kita. barulah ada feel dalam kerja kita. betul?

harap aku akan terus bersemangat macam ni. aminn. idea-idea, tolong jangan kering!

*mahu tahu assignment aku? kalau tak mahu, tak perlu baca yang ini :)
1. Bel - article : impact of contemporary art.
2. design & digital media - photo manipulation
3. photography - drink advertising
4. typography - logo

oh, siapa-siapa yang rasanya boleh berkongsi tips atau apa-apa saja mengenai assignment aku, harap tinggalkan comment. kerjasama anda, sangat aku hargai. terima kasih :D

masanya untuk aku tidur, esok class drawing. aku tak suka! sigh.


*your're my inspiration,MR.

No comments:

Post a Comment