May 15, 2010

sudah sudahlah

sudah sudah. rasa sedih aku tu tak mau cerita kat blog. aku bukan mahu minta simpati. biar aku rasa seorang. sendiri bikin, sendiri tanggung. kan? nangis biar dalam hati saja. kata dia.

okay. habis cerita ini.

beberapa hari lepas aku ada pergi sekolah. ambil sijil SPM yang resultnya tak seberapa tu. haih. pejam celik, rupanya dah dua tahun aku tinggal sekolah. lama juga. macam-macam lah pernah jadi kat aku time sekolah dulu. kelakar bila diingat balik. aku dulu zaman sekolah tak banyak kawan. sebab aku lagi suka buat hal sendiri. duduk sorang-sorang sambil tulis dalam buku hitam aku. biasalah. merepek meraban. buku tu aku dan dia je tau. lagi satu, dunia sekolah aku tak seronok. masa tu aku seronok dengan dunia pentas. nanti lah aku cerita pasal dunia pentas aku. aku pergi sekolah belajar. tapi belajar lah sangat. masa menengah rendah, aku ada dalam lima orang kawan rapat. perempuan semuanya. masuk form four, ada lebih kurang lapan orang kawan rapat. kalau tak silap lah. lupa. tapi yang masih jadi bestfriend aku, si minah yang duduk sebelah aku dari form three sampai habis sekolah. dia lah yang paling banyak dengar angan-angan mengarut aku waktu bosan-bosan dengar cikgu membebel. sampai sekarang dia yang selalu tolong aku waktu aku susah. terima kasih yo bestfriends! aku tak jahat. nakal saja. banyak jugak benda benda yang tak sepatutnya aku buat, tapi aku buat. biasalah. macam kau kau jugak kan? hah, serong sekolah. tau? alaa pura-pura pergi sekolah, tapi sebenarnya melencong tempat lain. nakal nya aku ni. aku rasa inilah part paling kelakar. serong sekolah .dah lah naik tren, turun KL. haih. selalunya aku serong time hari yang ada Pendidikan Jasmani. and aku selalu serong dengan bestfriend sorang tu dan setiap kali aku serong mesti dengan dia. tapi tak adalah aku selalu sangat serong. masa form five pun 3-4 kali je. zaman baru nak up kata orang. sepanjang aku sekolah, mama pernah datang sekolah masuk office sekali. sebab handphone. yelah, peraturan sekolah tak boleh bawak handphone kan. tapi apa boleh buat. 

macam-macam lah cerita zaman sekolah. kelakar. tapi sekarang bila diingat ada rasa sebak sikit. tak perlu tau lah kenapa. banyak sangat kenangan. tentu dengan dia. malas-malas aku di sekolah dulu, akhirnya aku masuk juga universiti. alhamdullilah..

sempena hari guru esok, aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada cikgu-cikgu di Malaysia, dan juga cikgu-cikgu yang pernah ajar aku. terima kasih cikgu! Cikgu yang paling menjadi kesukaan aku, Cikgu Norliyanti, yang ajar aku Pendidikan seni. Cikgulah yang paling best! *amboi ucapan bukan main

*imyMR.ily

No comments:

Post a Comment