Mar 11, 2010

memang entah-apa-apa

hari ini hari malas. baring baring saja. hari ini juga selesai listening test. biasa saja tapi tak dinafikan agak susah. mungkin sebab telinga aku kurang sikit mendengar. tapi so far so good lah. semua soalan dijawab dengan kerutan seribu di dahi. tapi aku tetap chill. bersedia saja untuk markah. balik dari listening test yang habis pukul 12 tgh hari terus terbongkang. tidur sampai pukul 3 petang. lepas si Superman call baru aku terjaga. baru tersedar yang perut ni dah nyanyi lagu hardcore. duit dalam purse pulak tinggal seringgit. best. aku sungguh malas nak pergi ATM tapi apa boleh buat, nak tak nak kena pergi jugak. alang-alang si rakan-rakan pun nak pergi ATM aku pun follow jugak lah. turun bawah memang ternyata muka aku muka bangun tidur. ah, pergi mampus. aku lapar. sampai kat ATM senang-senang je ATM tulis 'Out of Service'. sialan! penat aku redah panas. dari semalam ATM macam ni. haih apa kes! tak kesian ke kat kami kami ni yang takda cash. fikir punya fikir konon nak sewa kereta lah sebab nak pergi keluarkan duit dekat ATM lain yang sebenarnya takda lah jauh mana. tapi tengah hari terik mana larat nak jalan beb. nasib baik seorang rakan tu baik bagi pinjam kereta dia. jimat duit sewa dan tak payah penat penat nak jalan. terima kasih yo! start enjin kereta terus drive pergi ATM lain tu. puas duit boleh keluar. lepas keluarkan duit terus pergi makan dekat restoran tempat biasa aku makan malam. sekali lagi puas sebab aku dah bosan makan lauk yang sama dekat makcik depan kolej tu. lepas makan balik bilik, buat aktiviti rutin aku, online. pukul 730pm, Nana ajak teman dia pergi jamming dengan ada satu band yang main genre keras ni. aku pun ikutlah sebab membe aku jugak. jamming sampai pukul 10 malam, balik kolej oder burger banjo 2 biji. habis aku lahap. lapar sial. lepastu online lagi. tiba-tiba aku baru teringat esok aku kena submit design logo. aisehhh.. aku pun buatlah sesimple yang mungkin. logo itu perlu nama si pereka sendiri. mudah kata letcurer. nah, ini lah logo tu. aku dah lah hampeh dalam guna illust ni. haih. kelakar kan? sial sial sial.
sekarang mata pedih mintak pejam. esok ada class photo. hah, tu aku semangat walaupun kelas pagi-pagi buta. takpa. sebab photo kegemaran aku. bye!

*practise make perfect ;)

No comments:

Post a Comment