Feb 24, 2010

hari ini.

hari ini macam macam terjadi. tapi pagi pagi paling terbaik. kelas dibatalkan. memang aku lah orang paling gembira. sangat bernasib baik sebab nota belum siap. balik bilik terus sambung tidur. pukul sepuluh-suku pagi bangun pergi kelas BEL pulak. sumpah takda mood nak baca apa-apa yang patut dibaca masa tu apatah lagi nak menjawab soalan. sir pun tak duduk dalam kelas. aku pun pot-pet pot-pet. macam aku sorang je ada mulut. sir masuk kelas terus terkunci mulut. cover baik punya. sir suruh dua pelajar lain take over class. Sabrina dan Anoe. awal-awal tu aku pun masih mendengar lah apa yang dibincangkan, sambil-sambil tu tangan aku gatal menconteng kertas. tiba-tiba rasa bosan teramat sangat. kan aku dah cakap tadi. sumpah takda mood... untuk belajar. entah ape kes tah takda mood. aku pun bagi lah sepenuh kosentrasi kepada contengan aku tu. syok je conteng. feel habis. tiba-tiba Anoe ni pulak panggil. "aiman, please answer last question". terpinga-pinga aku. dah lah tak baca essay tu pun. blurr sial! Syamsul yang duduk sebelah aku konon nak tolong aku lah. "aiman nombor 5 jawapan dia". aku dengan tak tengok kertas tu balik confident je jawab. "5". satu kelas gelak. sekali lagi aku blurr. rupa-rupanya takda pun nombor 5. gampang! nasib baik aku chill. buat selamba saja walaupun dalam hati aku gelak gelak jugak. padan muka diri sendiri! buat lagi benda lain.

petang pulak ada koko. aku ahli Pertahanan Awam beb. hari ni tak kawad. best! tapi ada belajar cara nak selamatkan orang. memang best! aku jadi mangsa. konon pesakit lah. ah, kau kau tengok gambar je lah. okay?

aku sedang dibalut balut.
okay, ikatan diuji. memang best!
 
sekali lagi ikatan diuji. terbaik! tengok, aku gelak je. gua cool beb! bukan setakat tu je, aku dipusing terus terbalik menghadap bumi. best kan? kalau lah jatuh.. haih!

best jugak sebenarnya belaja koko. yelah, tak payah kawad memang best lah kan? selesai semuanya, balik bilik, mandi keluar pergi makan malam. tempat biasa je.


hah, tu dia contengan aku tadi masa kelas BEL.
 *terjumpa kawan cina masa sekolah dulu.gempak doe die! jelous aku -____-



No comments:

Post a Comment