Jan 5, 2010

medan perang

okay, aku dah masuk medan perang. sejak 3jan2010. kubu aku masih kuat. harap ia akan terus kuat sampai habis semester ini.

kelas pertama aku, 3jan. pagi. kelas BEL. tapi tiada pembelajaran berlaku. sesi kenalkan diri. biasa lah, group baru, kawan baru, letc baru. habis kelas balik bilik, rehat rehat rehat. sebenarnya tidur tidur tidur. amboi. mentang mentang takda assignment lagi. tunggu lah nanti. takda masa dah nak tidur.

4jan. kelas pagi lagi. aduhh. pukul 8 pagi. hari ni kelas okay lah. pagi pagi kelas CTU. memang mengantuk lah kan? then sambung pulak kelas VCR. dapat Pn.F. tak silap aku, aku pernah cerita pasal dia sebelum ni. mula nak masuk kelas macam takda mood lah sbb Pn.F kan.. tapi kan, sebenarnya dia best doe! detail habis dia terangkan. hah! baru lah aku boleh faham. dann.. aku dah dapat 1task pun untuk kelas VCR. haih. kena buat Fantasy World. adehh. apa eh nak buat? habis kelas VCR, naik bilik, tidur lagi. malam sambung kelas lain. ah, aku teruja nak pergi kelas malam! kelas GED. grafik. masuk kelas GED dengan penuh bersemangat! letc pun best. dan, aku pun dilantik untuk jadi penolong untuk ketua. eleh, baru penolong. itupun nak kecoh. kelas GED malam ni belajar basic photoshop saje.

5jan. kelas pagi lagi. ATH. tapi tiba tiba kelas batal. balik bilik, makan, fikir pasal Fantasy World. pukul 10 pagi turun balik pergi kelas. kelas BEL. biasa sahaja hari ini.

aku teruja nak masuk sem 2 ni. tapi susah jugak lah sebenarnya. harap aku akan sukses kali ni. aminn..

*kawan kawan, maaf kalau aku jarang keluar lepak lagi dengan anda semua. aku tengah semangat (:

No comments:

Post a Comment