Jan 22, 2010

dalam kau


Manusia. kau dan aku, kita manusia. manusia si pelakon dunia. pelakon terhebat. kau rambut hitam, aku rambut coklat, kau gemuk, aku kurus, kau jari lebih, aku jari kurang, kau hidung mancung, aku hidung kembang. hakikatnya kita manusia. realitinya kita manusia. tak pernah lari dari masalah. tidak pernah! jangan kata hidup kau licin dari masalah. jangan! kau tipu kalau kau kata macam tu. kita manusia, lain lain, sorang sorang, punya masalah. berat atau tidak, ia tetap masalah. baik atau tidak, ia tetap masalah. masalah itu kadang indah kalau satu satu kita kupas. kupas cantik cantik. kita kena sabar. kita kena kuat. walau berat mana masalah itu.

rahsia. semua ciptaan tuhan ada rahsia. termasuk kita si manusia. manusia haiwan sosial kata Zahiril Adzim.
ada rahsia yang kita boleh ceritakan pada orang, pada rakan, pada kertas, pada pokok, tapi ada pula rahsia yang perlu kita simpan dalam dalam. dalam lubuk hati. dalam akal fikiran. kadang kita perit,sakit dengan rahsia yang kita sendiri cipta. tapi kita yang cipta, kita perlu jaga. tak semua rahsia boleh diceritakan. tak semua rahsia itu buruk.

pada aku masalah dan rahsia berkait rapat. masalah dan rahsia kawan baik. susah dipisahkan. tapi mungkin boleh dipisahkan. aku kata mungkin! aku lihat keliling. keliling yang dekat dengan aku, yang jauh dengan aku. mereka ada rahsia, masalah pasti turut serta. aku pun macam tu. ada rahsia, ada masalah. tapi macam aku kata tadi, tak semua rahsia dan masalah itu buruk. kita sahaja selalu menganggap masalah dan rahsia  itu buruk. cuba kau kupas perlahan-lahan pasti kau mampu tersenyum dengan masalah itu.

cuba beri telinga kau, bahu kau pada mereka yang ingin ceritakan masalah, ingin ceritakan rahsia. kau nanti akan kuat, kau nanti akan bahagia dengan hidup kau. itu kata aku.

 
*keliling aku sedang banyak masalah dan rahsia. kuat lah kau kau semua hadapinya okay?
*keberapa kalian sudah aku tonton KAMI the movie & KAMI series. cerita terbaik bagi aku. punya rahsia dan masalah sendiri (:


No comments:

Post a Comment