Dec 16, 2009

putrajaya

warna warna yang mewarnai hidup aku. Zull & Shifa.


sabtu, 121209, yang lepas. membuang masa di maple. atau kedai mamak. lepak. sambil minum teh ais. bersama warna-warna aku, shifa dan zull serta zamole dan syafiq. oh dan dua orang kawan zull juga. agak kebosanan berada dalam kebingitan kedai mamak, kami bercadang menuju ke putrajaya. sepuluh malam, destinasi dataran masjid putrajaya. teruja doe aku. pertama kali lepak disitu. kesian. sampai sahaja di dataran masjid putrajaya, kami melabuhkan kan punggung dan memulakankan permainan Betul atau Cabar, atau lebih glamour dengan panggilan True or Dare. pastinya ini permainan yang serious sehingga melarat ke bab 18sx. tapi takpe, kami semua sudah cukup umur. tapi aku agak panas hati. kenapa? kerana kalau aku yang kena pastinya soalan melampau dan terlampau. samalah juga kalau aku memilih cabaran. melampau dan terlampau. haih! tapi takpe. lepasni main lagi, siap korang korang semua. akan aku kerjakan tanpa belas kasihan. hahaha 12am, loceng berbunyi, Cinderella perlu pulang. gembira aku membuang masa bersama warna-warna aku.



meet zull, shifa & syafiq. sorry gambar zamole tiada.

No comments:

Post a Comment