Nov 18, 2009

jalan jalan

pukul 12pm , zull telefon. katanya mahu bawa aku lepak-lepak di Alamanda. menarik ! aku pun terus bersiap-siap sebab kata zull dia akan tiba untuk menjemput aku dalam waktu terdekat ni. tapi hampeh. pukul 230pm baru sampai. aku tengok shifa dah ada dalam kete. then kami teruslah menuju ke Alamanda.

gaya seorang juara

shifa lontar bola

yes , aku tu.

sampai di Alamanda kononnya macam nak tengok movie, tapi disebabkan perlu beratur terlalu panjang kami membatalkan sahaja niat kami untuk tengok movie. zull pun bagi idea untuk berbowling. oh shit ! aku tak reti main bowling wehhh... tapi zull suruh juga aku menyertai game tu sebab zull dah bayarkan untuk 3org. tapi ternyata aku memang tak pandai main bowling ! zull is the winner. shifa dapat num 2. dan aku? hish , faham2 sendiri sudah sebab kami keluar bertiga je. oh ye zull ! im not a loser oke !! (:

dermawan (:

heart shape yang kami dapat. i got red colour , shifa got blue colour.

lepas dah berbowling kami ke mcD. untuk makan. kami terlihat ada seorang salesman dan seorang salesgirl sibuk berjalan dari satu meja ke satu meja. zull pun mulalah bertazkirah pasal bisnes. yelah , zull kan amik course bisnes. kata zull 'cuba bayangkan salesman / salesgirl pergi setiap table dan dapat 10rm dari satu table sbb terpaksa beli barang jualan mereka bukan kerana berminat dengan benda tu, tapi terpaksa sebab mungkin menyampah dengan salesman / salesgirl yang tak reti-reti nak blah. itu satu bisnes yang sgt menguntungkan ! '. aku dan shifa pun mengiyakan lah teori bisnes zull tu. tiba-tiba salesman tu datang kat table kitorang. memberi penerangan segala macam dan akhirnya zull mengeluarkan dua keping not 5rm dan menghulurkan kepada salesman cina itu. salesman tu bagilah 3keping friendship heart shape yang cost nya yang mungkin tidak mencecah 10rm. akhirnya zull tewas dengan permainan bisnes yang dirancang oleh salesman itu. takpe zull. aku faham. niat kau mulia kerana menderma. hahahaha thnx for the heart shape (:

lepas dah makan-makan di mcD kami pun pergi lepak pula di MPH. untuk baca buku free. macam yang zull kata , kami ( aku dan shifa ) budak AD pasti akan menuju ke bahagian yang berkenaan dengan kami. so terpaksalah zull ikut. dan zull sgt suka pada buku HOW TO DRESS. best kan?

enough zull. stop smoking ! tak mahu kau mati cepat doe :D

lepas lepak di MPH kami pun berjalan masuk dari satu kedai ke satu kedai. tapi tak beli ape-ape pun. zull singgah untuk beli rokok. dan kakak kaunter tu mintak ic zull. ye zull , muka kau macam under 18. hahahaha zull keluar untuk menghisap rokok dan shifa ingin berphotoshoot-photoshoot.

rambut lama )':

tengah kasi potong.

rambut baru.

lepas dah puas lepak-lepak di Alamanda aku pun ajak zull gi kajang. aku nak potong rambut. oh perjalanan dari alamanda ke kajang aku bertekak dengan zull pasal HUJAN. hahaha ye , aku memang minat HUJAN zull :D oke back to potong rambut. aku pun merelakan hairstylish tu potong rambut aku. aku kata jangan pendek sgt. lepastu dia bole bantai pula potong rambut aku kasi pendek. uwargghhhhh nak rambut lame !!! )': kata zull & shifa oke je. hmmm

webcam freak

lepas settle potong rambut kami pun ke kfc kajang. nak brwifi. dan kami snap snap pics using webcam. hahaha best doe (:

love you guys (:


current mood : happy :DD

No comments:

Post a Comment