Nov 21, 2009

semalam sebenarnya

bangun pagi pergi putrajaya. ada sedikit urusan dekat Jabatan Pendaftaran Negara. bukan sebab nak mohon kerakyatan sebab aku memang warganegara Malaysia tapi sebab nak tukar kad pengenalan. kad pengenalan aku punya gambar tu masa gambar aku budak-budak lagi. sekarang umur aku dah 18tahun. so memang patut tukar. nanti bila kena tahan polis , polis tu tak cam plak muka aku. nanti senang-senang pula dia cakap aku dari 'America' mengaku warganegara. * sedangkan muke macam melayu asli :D sekejap je urusan di situ. bagus betul perkhidmatan kat sana. aku puji. cepat dan tangkas. kalau tambah senyuman lagi menarik kot (: aku pergi dengan keluarga aku. mama , abah dan adik. lepas dah siap urusan di situ kami pergi Alamanda. aku cadang nak pergi MPH sebab nak cari buku yang diidamkan. nasib baik ada. rm15 terbang. tapi takpe. untuk buku yang aku suka. aku pun tak tahu kenapa aku nak sangat baca buku tu. pengaruh cerita 'KAMI' mungkin. dan bila aku search kat internet tentang buku tu , memang menarik. salah ! sangat menarik ! aku suka betul ayat-ayat dramatik yang digunakan, pernyataan tegas yang disampaikan dan tentang dia si penulis. aku suka. bagi kamu kamu semua yang minat sama macam aku, aku cadangkan UTOPIA TRAUMA. aku pun belum habis baca lagi =.='


No comments:

Post a Comment